Masih Tercari2 Jalan Pintas Untuk Menguasai Kamera DSLR !!!?

Mengapa Tidak Belajar Terus Dari Orang Yang Berpengalaman.?

( Pakej Asah Skill Dari E to A+ )

+

Kaedah Turbo Hasilkan Pendapatan Dengan Fotografi

( Terbukti...! atau wang anda dikembalikan )


 

 

Daripada : Fauzyhamad
( Freelance Photographer + Internet Marketer)
Tarikh :

 

Per: BengkelFotoDigital Bersama Photojournalist Tanahair

Salam Hormat DSLRian  sekalian...

Saya meminati dunia fotografi apabila melihat bisnes fotografi yang dibuat oleh Tuan Adnan Hasan (Photojournalis) dari Perak nie. Memang berbaloi. Bisnes fotografi yang dibuatnya membuka mata dan minda saya.  Atas nasihat beliau, saya angkat satu.

Saya bermula dengan DSLR Nikon D80 bersama speedlight SB800 pada tahun 2008. Wow! dekat RM5k jugak investment masa  tu.  Apa yang saya tau tentang DSLR?  -10(negatif 10). Ha...ha..ha...ha.. saya memang tak tau apa-apa pasal DSLR. Nak pegang pun tak tau apatah lagi nak tekan shutter. Last pegang kamera tahun 2003, itupun  masih lagi guna negatif
Apa yang menyebabkan saya tertarik dengan DSLR ? Saya seorang yang meminati bisnes. Saya melihat sesuatu di sebalik DSLR ini . Apadia  ?   - Instant Money.!!!
Percaya atau tidak saya boleh hasilkan income segera Insya-allah , dengan DSLR.  Ini saya namakan Bisnes fotografi yang sebenar.( bab nie saya hanya dedahkan pada yang betul2 minat bisnes fotografi sahaja)

Bape lama saya amik masa untuk menguasai DSLR D80 tu ? Nak buka manual, baca blog, tgk youtube, saya rasa itu bukan jalan yang terbaik. Bagaimana cara paling pantas nak belajar DSLR?
 
BELAJARLAH DENGAN PAKAR..!
 

PhotoJurnalis
Adnan Hasan

En. Adnan dah bergelumang dengan kamera seawal usia 10 tahun. Dan kini setelah 40 tahun dalam dunia fotografi ( dari zaman bilik gelap hinggalah ke zaman digital ), beliau masih lagi super! duper! wow! hebat! aktif dalam bidang fotografi nie (teringat iklan celcom)

Pengalaman yang lama sebagai jurufoto dan wartawan bersama  Bernama, New Strait Times, Berita Harian, Borneo Post, Universiti Kebangsaan Malaysia banyak memberi kelebihan kepada beliau apabila menceburi dunia digital. Pengalaman luas ....sebab tu belajar dengan dia mudah faham sebab dia boleh turunkan knowledge dia mengikut tahap kita, bagi pemahaman dan naik bersama2nya.( 8 jam jer, insya-allah konpom paham )

En Adnan dijemput untuk memberi seminar dan kursus kepada badan swasta dan kerajaan


KEPENTINGAN KURSUS

Selalu orang bertanya, " Abang Jambu, saya nak beli DSLR nie, minat sgt dah. Tido malam pun bermimpi2. DSLR apa yang paling bagus?" Jawapan saya: Sebagus mana DSLR kamu, kalau tak tau guna, tak tau nak utilize, yang mahal pun tak guna. Tapi kalau dah tahu guna, yang rendah harganya pun dah cukup bagus.

Kepada yang belum ada DSLR dan bercita-cita nak beli, kursus ini bakal memberi anda input untuk anda timbangkan semasa membeli DSLR dengan kos yang paling efektif ( ikut budjet sendiri). Semasa kursus, anda akan diberi DSLR penganjur kursus untuk anda rasakan touching dan feel DSLR nie. He..he..he..he..he..tapi kongsi2 lah yer .Yang penting ilmu.: )

Kepada yang dah ada DSLR tetapi masih lagi tak dapat nak fully utilize, kursus ini bakal memberi impak yang besar kepada anda. Camne nak control aperture, shuttle speed, bila nak pakai ISO rendah, ISO tinggi, suhu cahaya nak hot ke nak cool ke, gambar shaking :(, Rule Of 3rd, DOF dan macam2 lagi. Pastinya berbaloi.

Kepada yang dah ada DSLR dan dah tangkap banyak job, kursus ini akan dapat menyusun knowledge anda yang bergigabit tu menjadi satu storan digital yang senang untuk diakses bila tiba masa terdesak nanti. Bila masanya ye..?

Contoh : Dapat satu job wedding kat kampung. Pengantin bersanding. Tetiba gambar anda banyak warna biru. Setting dah betul. Flash Bouncing pun dah betul tapi masih ada banyak warna biru. Bila diperhatikan, barulah anda perasan, siling rumah tempat pengantin bersanding dilitupi plastik biru ( plastik biru yang pesawah guna buat tarik semai). Balik nak edit ? kalau sekeping 2 takpe la. Kalau beratus keping? Fuh! boleh tahan. Jadi masa inilah ilmu asas anda akan berfungsi. Selain itu, saya dedahkan anda dengan cabang bisnes fotografi yang berpuluh2 cabangannya dan anda jangan terkejut, anda boleh buat duit dimana2 sahaja.


OBJEKTIF KURSUS

Saya letakkan objektif yang wajib peserta capai di akhir kursus ini sebagai satu standard untuk saya pastikan ianya benar-benar berkesan dan peserta berpuas hati.

Mendapat pendedahan asas  tentang bagaimana cara untuk mengawal dan menggunakan DSLR dengan efektif serta dapat digunakan semaksimun mungkin (Fully manual).
Mendapat foundation atau asas yang kukuh supaya dimana-mana peserta berada asas ini boleh digunapakai sekaligus dipratikkan.
Menguasai  teknik-teknik pakar bagaimana mendapatkan gambar yang berkualiti tepat pada masa dan betul settingnya.
Menguasai idea bisnes Fotografi  yang sebenarnya.

 


KEPERLUAN KURSUS

Bawa DSLR anda. Kita Operate habis-habisan  dan setkan minda anda untuk menerima ilmu yang hebat ini!


MAKLUMAT LAIN

Dibuka untuk sesiapa sahaja
 
Kursus ini memberi tumpuan kepada asas fotografi digital secara
teknikal dengan menggunakan kamera  digital DSLR
 
Kelas adalah dalam bahasa Melayu dengan penggunaan
Bahasa Inggeris untuk istilah teknikal
 
Peserta maksimum 15 orang untuk setiap kursus untuk perhatian
yang lebih kepada setiap peserta
Nota pelajaran disertakan.
Bilik Berhawa dingin
Makanan Disediakan
Sijil Kursus dan gambar group peserta akan diberikan.
Praktikal serta penilaian akan dibuat pada akhir kursus.

 


KANDUNGAN KURSUS

Asasnya anda bakal menguasai ISAW ( ISO, Shutter Speed, Aperture, White Balance) . Anda selesai kursus di bengkelfotodigital, anda pasti berkata, "Mudahnya menggunakan manual dari auto". Pelik bukan tetapi itulah realitinya peserta bengkelfotodigital.


1.  Organ dalaman DSLR

( Slot 1)

a. Bagaimana imej terbentuk pada CMOS-DSLR
b. Apa itu Binary Format
c. Bermain dengan Image Resolutions
d. 2 jenis format file- yang mana lebih penting
e. Memaksimumkan resolusi imej untuk imej yang lebih baik
 
2. Kaedah Pantas Pengawalan secara Manual 
( Slot 2)

a. Keluarga Kamera Digital
b. Peranan Image sensor
c. Keperluan Kanta pada lens
d. Pembukaan Aperture
e. Pengawalan Shutter speed
f. Penghasilan Depth of field
g. Optimumkan penggunaan memori- Storage Cards
h. Menu2 di dalam DSLR
i. Metering  dedahan cahaya
j. Bantuan Pengcahayaan 
 
3. Pengawalan Imej Digital

( Slot 3)

a. Perpindahan Imej
b. Penggunaan Perisian Komputer
c. Teknik halus Menyunting Gambar
d. Pengurusan data Binary- imej digital

4. Percetakan untuk bisnes

( Slot 4)

a. Jenis pencetak yang sesuai
b. Saiz dan resolusi yang paling berbaloi serta sesuai

5. Kesilapan Kecil Tapi Impak Besar

( Slot 5)

a. Kesilapan Pengambaran in-door dan out-door
b. Kesilapan meletak Objek, subjek, suhu, timing, background, suasana
c. Kesilapan Konsep, Sudut, cropping, resolution


Jadual Kursus

09.00 am – Pengenalan & Slot 1
10.30 am – Rehat
11.00 am – Slot 2 & Slot 3
01.00 am – Rehat
02.00 pm – Slot 4 & Slot 5
04.00 pm – Penilaian & Rumusan
06.30 pm – Tamat 


Testimonial Peserta

 


Anda nilaikanlah sendiri testimonial peserta di atas. Ianya lahir dari kepuasan diri mereka dalam menuntut ilmu dan mendapat tunjuk ajar yang cemerlang dari penceramah. Masih ragu-ragu?

"Anda melabur untuk ilmu anda tidak akan rugi apa-apa"

Berapa anda sanggup bayar untuk kursus yang amat berbaloi ini? Ramai kengkawan bagi idea yang memang diluar jangkaan saya. Tetapi bagi saya, saya anggap ini umpama perkongsian ilmu, saya tetapkan harga yang anda sendiri tak terfikir akan harga ini. Belajar dari pakar  yang memiliki 40 tahun pengalaman di dalam dan luar negara, harga ini memang tak masuk akal.!!!

RM 200 sahaja


Ya! Itulah Yuran TERENDAH beserta JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN untuk bengkelfotodigital asas fotografi di MALAYSIA.

Tunggu Dulu..!

 

Saya beri anda JAMINAN. Jika anda merasakan kursus saya adalah sama seperti kursus yang pernah anda hadiri ataupun tidak ada satupun ilmu yang boleh anda perolehi, semuanya sama sahaja....saya jemput anda makan tengahari bersama terlebih dahulu dan kemudian saya akan pulangkan 100% yuran penuh  yang telah anda bayar kepada saya. TANPA PERSOALAN!!!

 

Mengapa anda fikir saya sanggup memberi jaminan ini? Adakah anda pernah dengar dimana-mana kursus fotografi penganjur memulangkan yuran?

 

 

Saya serius dalam melakukan bisnes Internet. Kepercayaan anda kepada saya, saya amat hargai dan saya tidak mahu menipu anda dengan janji-janji manis dan kosong. Sebagai balasan diatas kepercayan anda,saya letakkan jaminan tersebut supaya anda rasa lebih selamat dan yakin berurusan dengan saya.

Saya serius dengan ilmu. Saya tidak mahu anda laburkan duit titik peluh anda ke tempat yang tiada pulangan. Saya mahu anda berjaya di dalam bidang fotografi dan tak mustahil anda bakal menjadi seorang pakar dan profesional.

TARIKH KURSUS

Tarikh    :  04 Mac 2012 (AHAD)
Masa      :  9.00am to 6.30 pm
Tempat  :  Jabatan Belia Dan Sukan 
                   Ipoh, Perak

Ya Fauzi Hamad!, sebab ada MONEY BACK GUARANTEE, saya percaya bengkel ini paling berbaloi saya datang. Fauzi Hamad,  terlalu berani meletakkan JAMINAN tersebut, saya pasti inilah bengkel fotografi yang sebenarnya. Saya yakin saya boleh menguasai ilmu dan kemahiran fotografi selepas bengkel ini. Fauzi Hamad, Saya nak bayar sekarang!

SMS atau e-mel NAMA, NO. HP, EMAIL serta JUMLAH BAYARAN anda sebagai pengesahan bayaran.

Pertanyaan dan tempahan : SMS : 019-559 0060 (En Fauzy)
E-mel : fauzyhamad@gmail.com
facebook : facebook.com/fauzyhamad
Tarikh Tutup Pengesahan : 03 Mac  2012

Pindaan :
Pihak kami berhak membuat sebarang pindaan tentang apa jua maklumat yang dinyatakan dalam risalah ini. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dengan segera kepada para peserta.